Saturday, December 19, 2009
tahun baru, azam kene baru gak ke?
tapi sebenarnya dah setahun masa meninggalkan daku..
tanpa disedari tahun baru menjelma..
benarkah azam tahun lepas telah kucapai..
atau ia hanya sekadar azam yang
mengisi perbualan sehari-harian..
terasa azam tahun lepas tidak mampu aku rasai lagi..
aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur
dengan bersyukur aku akan lebih berusaha untuk khusuk dalam solat
dengan bersyukur, aku ingin redha dalam apa jua yang telah ditetapkan
dengan bersyukur, aku tidak mahu membanding2 kan diriku dengan mereka
dengan bersyukur, semoga hatiku menjadi tenang
dengan bersyukur, semoga pemikiranku tidak sempit
kerana semua yag berlaku pasti ada hikmahnya
namun sepanjang tahun yang lalu
adakah aku mampu laksanakan kesyukuranku dengan baik?
adakah aku mampu menghayati pengertian syukur?
hmm..
aku tidak mahu kesyukuran itu hanya dijadikan azam semata-mata
tapi aku ingin sematkan ia di dalam hati
agar aku sentiasa berusaha untuk menjadi seorang yang bersyukur
semoga dengan bersyukur, aku sentiasa mampu berfikiran positif:)
tahun baru, niat baru
niat ikhlas kerana Allah
ikhlas..
ikhlas..
terkadang ia sangat susah untuk dilaksanakan
tapi tak mustahil untuk diamalkan:)
~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~
Saturday, December 5, 2009
krisis identiti??
apabila terjadi konflik dalam diri..
kalau dengan orang lain bolehla dibiarkan..
ataupun..
kalau da tak tahan, xyah layan individu tersebut..
tapi bila ia berkaitan dengan diri?? apa nak buat?
bingung menguasai diri..
otak kanan dan otak kiri cabar-mencabar..
bak kata emak..
biasalah...
kamu tengah mencari identiti diri..
tp kan akak dah 20 tahun..
(nak protes diam2 bahawa diri ini dah cukup matang)
yang penting kene berdepan dengan diri..
tak boleh dibiarkan..
bila perasaan berlawan dengan logik..
perasaan sering mengambil alih tempat..
dibiarkan logok terkapai-kapai..
tapi bila logik yang mendahului..
terasa macam tak berhati perut..
maaf, entry kali ini berkaitan dengan krisis diri..
sampai aku pun pening memikirkannya..
any idea??
hmm..*kebingungan*
~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~
Wednesday, October 21, 2009
me myself
seminggu lagi nak exam..
sekarang pulak kelas dah sampai hari sabtu..
semoga masa yang paling sibuk ini menyebabkan aku tidak lupa kepada Allah
kesibukan masa menjadi medan ujian bagi diriku
terasa banyak perkara yang ingin disampaikan
banyak luahan rasa yang dipendam ingin dikongsi..
tetapi memang sifat diriku
tidak semua cerita mengenaiku harus dikongsi
antara aku dan Allah..
anda juga begitu kan?
kadang-kadang terasa sangat berat untuk meneruskan segala-galanya
adakah aku telah berputus asa..
entahlah..
mungkin diri terasa jauh sekali dengan Allah
menyebabkan kegundahan dan kegelisahan hati mengundang rasa
mungkin ada di antara amalanku yang tidak diterima
mungkin juga niatku sudah berubah..
beramal bukan kerana Allah tetapi kerana manusia..
perlukah begitu??
atau..
adakah cuti 2 bulan yang dulu..
menjadikan aku lebih pasif dan tidak berfikir??
hehehe..
ok2..
semangat da naik balik!!..
let's study hard n smart for next exam:)
~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~
Thursday, August 13, 2009
sejarah membosankan? [part 1]
hmm..
hari ini aku berfikir lagi
apa yang telah aku lakukan selama cuti yang hampir 2 bulan?
berapa banyakkah buku ilmiah yang telah aku baca
atau berapa banyakkah pengalaman yang telah aku kutip
well..
helaian yang setebal buku teks harpers biochem pada mulanya menarik perhatianku
dan aku mula membacanya dari satu bab ke satu bab
tapi sampai sekarang tak habis lagi dibaca
jadi masa yang tinggal 2 minggu lagi nie,
akanku berusaha untuk menghabiskannya
namun
bagiku walaupun hanya setakat satu buku yang tebal
telah membuatku berfikir
(berfikir lagi?)
bahawa sejarah nabi amat penting
bukan hanya setakat nabi muhammad
tetapi kesemua 25 nabi yang waijb diketahui
sometimes we take things for granted
aku merasakan dahulu sejarah agak membosankan
kerana terpaksa menghafal satu-persatu peristiwa yang aku sendiri kadang-kala tidak mengerti
tu waktu zaman sekolah dululah
namun, masa yang berlalu pantas telah menyedarkan aku bahawa sejarah amat penting
sejarah juga menjadikan inspirasi dan motivasi
aku lebih suka memilih sejarah tentang kenabian dan para sahabat
kerana semangat yang mereka tonjolkan sangat luar biasa
jika aku berada di tempat mereka
adakah aku akan jadi seperti mereka?
namun apa yang pasti
minatku pada sejarah sedang berkembang
dan berharap ia tidak seperti hangat-hangat tahi ayam
aku ingin berkongsi dengan mereka tentang sejarah nabi adam
bila bercakap pasal nabi adam mungkin ramai yang sudah mengetahui bagaimana adam diciptakan, kemudian tinggal di syurga dan akhirnya telah dicampak ke dunia
tapi ada satu part yang menarik perhatianku
dan berharap kisah ini akan menjadi perkara yang bermanfaat bagi kita semua
....
kisah tersebut akanku ceritakan dalam next entry ku
insya-Allah:)
~¡¡ǝʌıʇısod ʞuıɥʇ sʎɐʍןɐ~
Monday, August 10, 2009
what drive you the most

rehlah mahabbah-summer camp09
awesome!!
my groupmate-group 3Tuesday, June 30, 2009
deep thinking
dari perkara yang kecil atau yang besar
sehinggakan setiap cerita yang aku tonton
aku akan berfikir
menyebabkan kadang kala aku seperti tidak tidur
kerana otak yang penat bekerja
walaupun sedang tidur..
apekah ini sering terjadi kepada kalian?? ('~.^)
hmm..
apakah yang sebenarnya aku berfikir??
entahlah
tapi proses berfikir ini menyebabkan aku sering mendapat idea untuk merubah diri ini
untuk memahami setiap perjalanan hidup yang telah aku tempuhi
aku percaya setiap apa yang telah Allah jadikan itu tidak sia2
dan seringkali aku menemukan jawapan kepada permasalahanku yang berkaitan dengan emosi
namun....
aku masih tidak mampu mengaplikasikan dalam keadaan yang sebenar
masih lagi tidak mampu menghadapi sesuatu peristiwa dengan erti redha yang sebenar
sering kali kemarahan dan kekesalan terhadap diri membelenggu diri
mungkin hati ini yang terlalu memandang kepada keduniaan?
ya Allah
jangan kau jadikan nikmat yang aku alami ini sebagai satu jalan untuk aku menjauhi-MU
kadangkala aku berfikir adalah tidak baik untuk memikirkan hal itu secara mendalam
namun lain pula keadaannya apabila aku membaca tulisan harun yahya
yang berjudul 'deep thinking'
beliau menyangkal bahawa berfikir secara mendalam adalah tidak baik
berfikir secara mendalam bermaksud berfikir secara hikmah
apa yang dilakukan oleh kebanyakan manusia
apabila mempersoalkan deep thinking,
mereka akan lebih mempersoalkan keburukan berbanding dengan kebaikan
contohnya
apabila disebut tentang kematian,
orang yang bijak, dan beriman kepada Allah
memikirkan bahawa mereka hanya hidup di dunia yang sementara
kesedaran inilah yang menyebabkan si manusia ini tadi berusaha keras
untuk kehidupan yang kekal abadi
namun,
hal sebaliknya pula berlaku kepada manusia yang tidak memiliki keimanan yang kuat
mereka hanya memikirkan sesuatu perkara itu secara negatif
mereka berfikir kehidupan di dunia ini sementara dan bahawa satu hari mereka akan mati
hal ini menyebabkan mereka berputus harapan
kerana pada hakikatnya mereka menjalani kehidupan
tanpa mengikut perintah Allah
maka, perkataan MATI itu tiada dalam kamus kehidupan
kerana perkataan itu yang akan menyebabkan pekerjaan menjadi terbantut
dan harapan menjadi musnah
mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan tersebut
(aku akan berusaha sedaya upaya!!semangat;p)
semoga aku dapat berfikir dengan lebih baik
dan semoga pemikiranku ini menjadi jalan untukku lebih mengenali Allah
mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
16:17
selamat berfikir kawan2!!:)
p/s: banyak ayat dalam al-Quran yang menyuruh kita berfikir
berdoalah agar pemikiran kita itu tidak menyalahi sunnatullah~
Sunday, June 28, 2009
amal islami
Peraturannya:
1) Copy gambar amal Islam di bawah. Copy satu post ni pun tak ape. Mudah dan menjimatkan masa. harapnye gitu..
2) Kemudian pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu? Lebih2, lagi bagus. Terlebih? Jangan melampau sudah.
Di sini saya nak beri tag message ini pada:
*alang*
*hawe*
*suhaila zulkifli*
*khalifatullah*
*aiza*
*fitrilina*
*abang helmi*
p/s: tetap xcukup 10 org..hehehe
xpe..at least ad org da di tag:)
*********************
meh, saya nk cerita satu kisah:
"aku pernah mendengar bahawa dunia ibarat penjara dan penjara bagi seorang muslim, tapi aku melihat keadaan itu berbeza bagi aku dan engkau" (sebab org kafir tu miskin, yg org islam tu plak punyela kaya)
maka jawab si muslim tadi,
"rumah dan harta yang banyak bagi seorang muslim jika nak dibandingkan dengan apa yang akan diperoleh di akhirat nnti jauh lebih baik dr segala kenikmatan di dunia..tapi bagi seorang kafir, semiskin mana dia di dunia itu adalah lebih baik berbanding dengan miskinnya di akhirat yang penuh dengan azab dan siksa neraka"
mendengar jawapan itu, si kafir tadi lantas mengucapkan kalimah syahadah
jadi boleh wat kesimpulan kat sini,
islam menggalakkan umatnya untuk berjaya di dunia dan di akhirat (hari2 kita berdoa rabbana atina fiddunia hasanah, wafil akhirati hasanah, waqina azabannar)
orang yang menghayati erti doa ini, dia akan bersungguh2 untuk mencapainya namun pada masa yang sama kejayaan dan kekayaan yang diterima di dunia ini tidak menjadikannya lalai malah menjadi satu jalan untuk dia lebih berbakti di jalan Allah kerana dia tahu segala apa yang berlaku ke atas dirinya bukan sia2 tetapi adalah sebagai ujian untuk hidup kekal bahagia di akhirat kelak.
semoga kita sama2 berusaha mencapainya!!
amin~
p/s: cerita ini telah disampaikan secara lisan oleh kang indra, maka ada pengubahsuaian pada perkataan namun isi yang ingin diutarakannya adalah sama





